PERBANDINGAN YANG SALAH



Membandingkan antara takaful dan bank/TH adalah satu perbandingan yg tidak adil.

Kedua-duanya merupakan instrumen kewangan yang merupakan keperluan tetapi mempunyai ciri-ciri & manfaat yang berbeza.

Perbandingan ini tidak nyatakan mengenai caj jualan. Pastinya takaful mempunyai caj jualan (wakalah) yang paling tinggi berbanding yang lain. Nak pula pada tahun pertama.

Dalam perbandingan ini juga tidak dinyatakan mengenai kecairan simpanan tersebut. Takaful mempunyai kecairan yang paling rendah kerana untuk mengeluarkan simpanan perlu tunggu 3 - 5 tahun polisi berjalan dahulu. Itu pun bukan semua boleh dikeluarkan. Proses pengeluarannya juga mengambil masa yg lama.

Dan banyak lagi perkara yang boleh diceritakan mengenai kekurangan takaful berbanding bank, TH & ASB.

Ia ibarat membandingkan lampu dan aircond. Kemudian kita menyatakan lampu lebih baik daripada aircond kerana lampu boleh memberikan cahaya tetapi aircond tak boleh.

Bezakan institusi kewangan yang menawarkan instrumen simpanan, perlindungan & pelaburan.

No comments:

Post a Comment